Jumaat, 30 Mei 2008

CATATAN SEMALAM

28 Mei 2008... tak tahu kenapa, tapi terasa sayu bila mana mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh Sheikh Abdul Rahman Sudais di IKIM. Mana tidaknya, kalau tarikh yang sama tahun lepas saya dan isteri berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan UMRAH. Betapa hebat rasa rindu dan kuatnya ingatan kepada Madinah dan Makkah membuatkan air mata mengalir tanpa sedar. Rindu kepada Madinah dan Makkah lebih dari waktu bercinta.

Rindu untuk menjadi tetamu ALLAH, rindu untuk ziarah Makam Rasulullah, rindu untuk bertawaf dan bersai' dan bersolat di Masjidil Nabawi dan juga Masjidil Haram yang ibadat pahalanya berlipat kali ganda. Yang pasti rindu sebenarnya hanya kepada ALLAH dan pesuruhNYA, Nabi Muhammad s.a.w.

Setahun yang lalu, setelah menghadapi segala masalah dengan karenah birokrasi di kedutaan Arab Saudi untuk mendapat visa UMRAH, akhirnya rombongan kami berlepas juga ke Tanah Suci pada tarikh 28 Mei 2007 dengan menaiki pesawat Etihad. Selepas lebih 7 jam menaiki pesawat, kami tiba di Abu Dhabi. Di sini kami menetap di Hotel di tengah bandar Abu Dhabi, lebih kurang 30 - 40 minit perjalanan dari Airport. Dapatla kami membetulkan urat, setelah penat menaiki pesawat lebih 7 jam. Lepas makan kami semua masuk bilik untuk berehat.


Di hadapan Airport Abu Dhabi


Lebih kurang jam 12 malam, kami bersiap dan "check-out" untuk ke Airport. Kami sampai di Airport Jeddah waktu solat subuh. Bila segala urusan kami selesai kami pun menunaikan solat subuh di surau Airport Jeddah. Lebih kurang jam 6, Coaster yang akan membawa kami ke Madinah tiba. Berangkatlah rombongan kami ke Madinah Munawwarah. Semasa dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam, tak sabar rasa hati untuk menjejakkan kaki di Madinah. Kali pertama saya ke sini pada tahun Ogos 2005. Tiada perancangan, cuma mungkin jemputan menjadi tetamu NYA, membuatkan saya terbuka hati, lantas membulatkan keputusan untuk menjadi tetamu NYA.




Walaupun pernah menjejakkan kaki di Kota yang penuh barakah ini, hati tetap berdebar-debar. Biasalah "orang awam" yang tak lepas dari melakukan dosa. Mulut tak lepas dari berdoa moga ALLAH menerima saya sebagai tetamu NYA. Alhamdulillah, selepas lebih kurang 6 jam perjalanan ke Madinah, kami pun sampai di Negara ISLAM pertama, MADINAH MUNAWWARAH. "Subhanallah, Maha Suci ALLAH, aku tiba lagi di negeri Rasul Mu, moga perjalanan, ibadah dan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu dipermudahkan, dan moga segala amalan kami kali ini di terima oleh Mu, Ya ALLAH, lindungilah kami" terdetik di dalam hati saya.



Tersergam indah Masjidil Nabawi, sayup hati melihat kubah hijau, yang mana di bawahnya terletak Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Hati ini meronta, tak sabar untuk pergi menziarahi Rasulullah s.a.w. dan dua sahabat baginda yang paling agong, Abu Bakar dan Umar. Setiba di hotel kami terus naik ke bilik masing-masing. Dua tahun lalu, tahun 2005, saya menginap di Hotel yang berhadapan dengan perkuburan Baqi'. Kali ini saya menginap di Hotel yang bertentang dengan bazar. Kumpulan perempuan di letakkan satu bilik dan satu bilik lagi kumpulan lelaki, yang terdiri dari saya, ustaz norazan, kamarul dan fuad. Dato Gumuri, Chairman SME Bank, duduk sekeluarga dalam satu bilik. Selepas bersiap, kami pun turun untuk solat Zohor.

Suhu pada hari itu, lebih kurang suhu di Malaysia. Dua tahun lepas masa pertama kali saya menunaikan Umrah, suhu di Madinah 45*C - 50*C. Begitu juga di Makkah. Setelah semua sahabat yang tinggal sebilik sudah ada, kami pun berjalan menuju ke Masjidil Nabawi yang jaraknya hanya sekadar 50 meter. Seperti biasa, perkara yang pertama bila mana masuk saja ke dalam masjid, tong-tong air zam-zam adalah yang kami tuju. Bukan apa, tak sabar untuk meneguk air yang paling barakah, yang dapat merawat segala macam penyakit, kecuali mati.

"Alhamdulillah...." seronoknya bersolat di dalam Masjidil Nabawi. Sesudah solat kami pun terus balik hotel untuk menikmati makan tengahari. Kemudian kami pun melakukan aktiviti bebas. Ada yang pergi window shoping dan ada yang lepak kat hotel, tidoq, simpan tenaga untuk ke masjid, solat Asar. Saya and geng sebilik pilih untuk merehatkan mata. Sepanjang berada di sana, tiada yang difikirkan, hanya fikir untuk melakukan ibadah. Lepas solat Subuh, hati kita akan rasa tak sabar untuk menunggu waktu Zohor, begitulah seterusnya. Tiada masalah bermain di fikiran, hanya kiraan waktu untuk melakukan ibadah kepada ALLAH. Damai sungguh berada di Madinah Munawwarah.

bersambung.........