Masjid Nabi s.a.w merupakan masjid kedua di dalam Islam yang mempunyai kelebihan serta kedudukan di sisi Allah Azza Wajalla dan yang mempunyai ganjaran pahala berlipat ganda terhadap seseorang yang menunaikan sembahyang di dalamnya serta orang yang bertujuan menziarahinya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa"
Telah ditetapkan bahawa kepada sesiapa yang mendirikan sembahyang di masjid Nabi s.a.w akan memperolehi ganjaran yang sangat besar. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."
=>>>
Selepas solat Maghrib (hari pertama), saya, fuad dan abg kamarul, niat untuk ke Raudah dan menziarahi Rasulullah dan Sahabat Baginda. Alhamdulillah semasa berjalan menuju ke Raudah, mudah je perjalanan kami, walaupun ramai orang. Sesampai di Raudah, sesuatu yang ajaib, ALLAH permudahkan kami untuk mendapat tempat untuk bersolat sunat di situ. Subhanallah.... Maha Suci ALLAH.. walaupun orang ramai berasak-asak, tapi ada ruang untuk kami melakukan solat sunat di Raudah. Kami tak lepaskan peluang.. terus melakukan solat sunat dan beristigfar dan berzikir di situ, sambil menunggu waktu Isyak.
Saya dan sahabat, fuad, terus duduk di Raudah sehingga Isyak. Abg Kamarul yang pada mulanya bersama kami, telah terpisah. Mungkin dia, selepas solat sunat terus menziarahi Makam Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Pertama kali saya menunaikan Umrah, dapat juga saya bersolat sunat di Raudah dan Mihrab Nabi S.A.W. Tapi suasana masa tu, memang sesak, sehingga sujud pun di celah kaki orang yang dihadapan.
Sehingga kawan saya yang tengah sujud, tersepak orang kepala dia. Begitulah hebatnya dugaan. Semasa inilah mengajar kita erti kesabaran.
Selepas solat isyak, saya dan fuad terus berjalan ke Mihrab Nabi, dan seterusnya berjalan menuju Makam Nabi S.A.W dan sahabat Baginda. Sayu hati ini dan tanpa di minta berlinang air mata bila melihat binaan yang di hiasi indah yang menempatkan Makam Nabi S.A.W, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Manakan tidak hati ini sayu bila teringat dua tahun lalu semasa Ziarah Wida' Rasulullah, saya telah memohon untuk dimurahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan, supaya saya boleh kembali untuk membawa keluarga datang ziarah Baginda. Alhamdulillah ALLAH makbulkan, biarpun kali ini hanya isteri saya. InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH, pasti saya akan pergi bersama isteri dan anak-anak.
Memang tak dapat nak ditahan air mata, bila mana terlihat Makam Nabi dan Sahabat Agung Baginda. Terasa seakan-akan mendapat jawaban salam daripada Baginda. Subhanallah..Maha Suci ALLAH.. aku bersyukur kau permudah dan melindungi perjalanan kami.. Tiada yang mampu diucap, hanya bersyukur kepada ALLAH memberi peluang untuk saya dan isteri, juga sahabat-sahabat menjadi tetamu NYA.
Tak terucap betapa gembiranya saya dapat datang dan ziarah Nabi Muhammad S.A.W. sekali lagi. Kalau diizinkan ALLAH ingin saya datang setiap tahun. Tiada tempat yang penuh kedamaian dan ketenangan sebagaimana MADINAH dan MAKKAH. Hari ini memang saya dan fuad seronok sangat, kerana kami dapat bersolat sunat dan Isyak di Raudah. Alhamdulillah..syukur pada ALLAH yang memudahkan kami.

Hari ke dua di Madinah, hanya aktiviti bebas. Biasanya bangun dalam pukul 4.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh. Memang seronok berada di Masjidil Nabawi, hati teramatlah tenang.
Suasana memang jauh berbeza bila berada di sana. Selalunya untuk solat subuh, "azan" akan dilaungkan sebanyak 2 kali. Yang pertama lebih kurang dalam pukul 3.30, yang menunjukkan betul-betul waktu Subuh adalah azan kedua. Masa pertama kali saya menunaikan ibadah Umrah, saya pun berasa pelik sebab tak di ceritakan, so saya pun bertanyakan hal ini kepada Ustaz yang membawa kami, dia memberitahu saya, azan pertama untuk mengejutkan Jemaah untuk bangun berQiammulail atau bersiap-siap untuk ke Masjid. Memang hebat. Orang Arab memang tak dapat dinafikan tentang kepekaan mereka tentang solat. Memang bagus, mereka akan bersolat bila masuk je waktu. Satu sifat yang patut dicontohi oleh masyarakat kita. Duduk di Madinah memang aman dan tenang. Kalau diberi pilihan, saya ingin bermastautin di sini, di bumi MADINAH yang penuh dengan barakah dan rahmat, "Tapi bagaimana mungkin saya boleh tinggal di sini", fikiran yang bermain di kepala. Tapi saya yakin jika diizinkan ALLAH pasti hajat saya tidak mustahil.
Malam sesudah solat Isyak, kami berjalan di Bazaar yang ada di hadapan Masjidil Nabawi. Dua tahun lalu saya duduk lebih kurang 150 meter dari Masjidil Nabawi, berhampiran dengan Hospital Bersalin Madinah dan bersebelahan dengan perkuburan Baqi'. Tapi kali ini hotel tempat kami menginap hanya 50 meter dari Masjidil Nabawi. Malam tu, mak mertua sahabat saya memborong jubah untuk anak cucu di tanah air. Sahabat saya, Fuad pun turut membeli jubah. Saya dan isteri hanya "window shopping", sebab malas nak memberatkan beg. Esok kami nak bertolak ke MAKKAH MUKARAMAH, lagi pun di MAKKAH ada menjual jubah dan baju-baju sebagaimana di MADINAH, dan seperkara lagi di MAKKAH murah sikit dari MADINAH. Sebenarnya bukan shopping tujuan kami ke sini, itulah sebabnya kami tak "menyopping". Sekadar membeli benda-benda yang perlu.
Puas berjalan..kami pun naik ke Hotel, sebelum naik ke Hotel, sempat juga kami menjamah Jus Mangga dan Syawarma.. alas perut. Esok (hari ke 3), kami akan pergi ziarah ke tempat-tempat bersejarah di MADINAH, so kena rehat, dan esok juga kami akan berangkat menunaikan UMRAH di MAKKAH selepas solat Dhozor....
bersambung.....