Semalam selepas diumumkan bahawa esok permulaan puasa, hati ini seronok tak terhingga. Mana tidaknya dapat lagi berjumpa dengan RAMADHAN. Bulan yang dirindu dan ditunggu-tunggu kedatangannya. Moga Ramadhan kali ini diberikan kekuatan oleh ALLAH untuk melakukkan ibadat kepada NYA.
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan yang Mulia, Bulan Ramadhan. Moga kita diberikan ALLAH kesihatan yang baik dan kekuatan untuk melakukan ibadat sepanjang Ramadhan tahun ini. Ameen.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1429